Wednesday, 21 December 2016

Perlu ke insurans? Perlu ke Takaful?

Assalamualaikum semua, moga-moga sihat ya. Apa khabar keluarga anda? Semuanya sihat-sihat belaka? Bila semua sihat, kita pun happy :) 

okay straight to the point, kita discuss saja tentang tajuk entry kita pada kali ini ya :)

Kenapa kita perlukan insurans? ataupun Takaful? melanggani insurans atau Takaful sama juga seperti kita menyimpan atau menabung wang simpanan kita dalam bank. Tetapi insurans dan takaful ini lebih melindungi kita ketika di dalam waktu kesusahan sebagai contoh bila kita menghadapi kemalangan tidak kira lah di tempat kerja ataupun di mana sahaja. dari sekecil-kecil kemalangan sehingga kemalangan yang parah. Ada satu masanya malang itu tidak berbau, jadi dengan melanggani takaful atau insurans kita dapat melindungi diri kita serta keluarga yang disayangi pada masa hadapan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. 

Insurans ini suatu pilihan bukan wajib. Namun bagi sesiapa yang mahu dilindungi, seseorang itu HARUS melanggan insurans atau takaful. Saya nasihati, selidik dulu Insurans apa yang anda nak langgan, sama ada patuh syariah ataupun tidak kerana ianya berkenaan jugak dengan harta yang anda akan gunakan. 

Insurans dan takaful ini secara eloknya perlu berdiskusi secara realiti. Saya tahu masih ramai lagi yang memerlukan insurans tetapi tidak tahu untuk berjumpa dengan siapa, anda boleh sahaja hubungi saya Fadillah di talian 019-243 7528. Saya dapat membantu menyelesaikan masalah anda :)