Anda boleh menggunakan servis online kami iaitu dengan menghantar kad ucapan kepada insan yang tersayang :)
Boleh singgah di laman ini: https://www.prubsn.com.my/ms/our-services/send-a-greeting-card/
6G, Jalan Adenium 2G/10, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5 Bandar Baru Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan
Monday, 9 January 2017
Waktu Solat
Kini, anda boleh mengetahui waktu solat terkini hanya dengan melayari laman yang telah disediakan oleh kami. Anda hanya klik di link bawah ini:
Waktu Solat: https://www.prubsn.com.my/ms/our-services/prayers-time/
Waktu Solat: https://www.prubsn.com.my/ms/our-services/prayers-time/
Panduan Membuat Aduan
Maklum balas anda penting buat kami dan kami komited untuk menyelesaikan masalah anda. Jika ada sesuatu yang tidak kena, kongsikan dengan kami melalui saluran berikut.
Kami mengakui bahawa para pelanggan kami perlu diberi ruang untuk membuat maklum balas atau aduan.
Polisi dan Prosedur Aduan kami menjelaskan tahap perkhidmatan kami. Ia bertujuan untuk:
- Memastikan aduan tersebut adalah semudah dan sejelas yang mungkin
- Memproses semua aduan secara serius dan sulit
- Menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan untuk kepuasan para pelanggan dan rakan niaga kami
- Meningkatkan tahap perkhidmatan kami dengan mengambil aduan pelanggan sebagai peluang untuk kami belajar dan berkembang jauh ke hadapan
HUBUNGI KAMI MELALUI:
Pusat Panggilan
Sebagai keutamaan, kami menggalakkan para pelanggan dan rakan niaga kami untuk menghubungi pusat panggilan kami di +603 20537188. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan pertanyaan anda setakat kemampuan kami.
Surat & E-mel
Sebagai alternatif, anda boleh menghantar aduan anda secara bertulis kepada:
Unit MaklumBalas Pelanggan (Customer Correspondence Unit)
Prudential BSN Takaful Berhad
Level 8A, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur
Emel: customer@prubsn.com.my
PENGAKUAN ADUAN
Setelah kami menerima aduan anda, kami akan memberikan anda nombor rujukan dan kami akan berhubung dengan anda dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kami menerima aduan anda. Nombor rujukan tersebut akan digunakan di dalam semua surat-menyurat yang berkaitan dengan aduan anda.
Dalam usaha untuk kami menangani aduan anda dengan berkesan, sila berikan butiran aduan anda dan sertakan dukumen sokongan yang berkaitan.
MENJAWAB ADUAN ANDA
Memandangkan sifat aduan mungkin berbeza, kami akan berusaha untuk menyelesaikan aduan anda dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh ia diterima. Keputusan muktamad aduan anda akan disampaikan kepada anda tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh aduan itu mula-mula dikemukakan. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memerlukan tempoh yang panjang untuk memberikan anda penyelesaian sepenuhnya. Dalam kes ini, kami akan memberikan anda penjelasan bertulis bersama-sama dengan makluman mengenai ketetapan tarikh yang dijangkakan bagi aduan anda
RAYUAN
Untuk menjaga kepentingan terbaik anda, anda mempunyai pilihan untuk merayu kepada Ketua Perkhidmatan Pelanggan kami di alamat di bawah jika anda tidak berpuas hati dengan penyelesaian kami:
Ketua Perkhidmatan Pelanggan
Prudential BSN Takaful Berhad
Level 8A, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur
Kami akan memaklumkan penerimaan rayuan tersebut secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja diikuti dengan jawapan sepenuhnya daripada kakitangan Perkhidmatan Pelanggan kami dalam empat belas (14) hari bekerja. Jika tempoh ini tidak mencukupi, kami akan memberikan penjelasan bertulis untuk memklumkan bila anda boleh mendapat jawapan penuh.
Kami akan menyiasat aduan anda memaklumkan kepada anda hasilnya. Kami juga akan memaklumkan kepada anda tentang jenis tindakan yang boleh diambil jika anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan kami
Biro Pengantaraan Kewangan dan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) BNM
Biro Pengantaraan Kewangan dan laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) BNM ditubuhkan untuk menawarkan perlindungan kepada pelanggan dan membantu anda menyelesaikan sebarang pertikaian tuntutan antara anda dengan kami. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan kami, anda boleh menulis kepada alamat berikut:
Biro Pengantaraan Kewangan
Level 25, Dataran Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel: 603 22722811
Fax: 603 22745752
Laman web: www.fmb.org.my
Pengarah
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
Ground Level, Block C
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 603 26988044
Fax: 603 26934051
Laman web: bnmtelelink@bnm.gov.my
Buat Temujanji
Perlukan bantuan mencari pelan yang bersesuaian?
Hantarkan maklumat di bawah ini ke E-mel sayaphebat@gmail.com atau mahu lebih senang lagi whatsapp sahaja ke nombor 019-243 7528 (Fadillah)
Pertanyaan anda:
Nama Penuh:
Telefon:
E.mel:
Saya sedia membantu anda. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Rawang, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, MK Land dan kawasan di sekitarnya boleh sahaja whatsapp nombor yang tertera di atas untuk membuat insurans beserta roadtax :)
Bagi anda yang mempunyai banyak masa boleh walk in terus ke pajabat kami di alamat:
Hantarkan maklumat di bawah ini ke E-mel sayaphebat@gmail.com atau mahu lebih senang lagi whatsapp sahaja ke nombor 019-243 7528 (Fadillah)
Pertanyaan anda:
Nama Penuh:
Telefon:
E.mel:
Saya sedia membantu anda. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Rawang, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, MK Land dan kawasan di sekitarnya boleh sahaja whatsapp nombor yang tertera di atas untuk membuat insurans beserta roadtax :)
Bagi anda yang mempunyai banyak masa boleh walk in terus ke pajabat kami di alamat:
6G, Jalan Adenium 2G/10,,
Pusat Perniagaan Adenium,,
Seksyen BB5, Bandar Baru Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor, Malaysia
p/s: Berhadapan dengan kedai SpeedMart Adenium. Cari sahaja SAYAP HEBAT RESOURCES :)
Anda juga boleh layari laman web rasmi syarikat kami di sayaphebatresources.com untuk mengetahui pelbagai servis lagi yang kami sediakan :)
Anda juga boleh layari laman web rasmi syarikat kami di sayaphebatresources.com untuk mengetahui pelbagai servis lagi yang kami sediakan :)
Piagam Pelanggan
Kami komited untuk memberikan kepuasan pelanggan sepenuhnya dan pengalaman unik penyediaan falsafah kualiti menyeluruh di dalam budaya perkhidmatan kami.
Piagam Pelanggan kami adalah satu cara memastikan:
Piagam Pelanggan kami adalah satu cara memastikan:
- Kami mencipta dan mengekalkan tumpuan pelanggan
- Kami berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan
- kami menegekalkan tahap perkhidmatan yang kami janjikan kepada anda
TARAF PEKHIDMATAN KAMI
Taraf perkhidmatan kami menghuraikan tahap kecemerlangan perkhidmatan yang kami berikan.
Apabila kami melayani anda, kami akan:
- Melayan anda dengan budi bahasa dan rasa hormat
- Adil, terbuka, responsif dan munasabah
- Memberikan maklumat yang jelas dan tepat pada masanya atau membantu anda untuk mencari maklumat tersebut
- Mengekalkan tahap ketelusan, integriti dan profesionalisme tertinggi
Bagi membolehkan kami membantu anda, kami meminta anda:
- Melayan kakitangan kami dengan budi bahasa dan rasa hormat
- Memastikan permohonan anda disertai dengan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan pada masa permohonan
- Memberikan kami semua maklumat yang kami minta dalam jangka masa yang dinyatakan
- Memberi maklumbalas yang sesuai mengenai perkhidmatan kami melalui saluran maklumbalas rasmi
Taraf ini akan ditukar kaji selidik pelanggan tetap dan dengan pemantauan maklumbalas yang anda berikan
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Anda boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran ini:
Cawangan:
Kunjungi mana-mana cawangan kami di seluruh negara dan kami akan;
- Melayan anda dalam masa 20 minit selepas anda mula beratur
- Memberi maklum balas kepada semua surat-menyurat pada hari yang sama. Jika ini tidak dapat dilaksanakan kami akan memberikan jawapan dalam tempoh dua (2) hari bekerja
- Memproses semua permohonan selaras dengan tempoh masa yang disiarkan
Cawangan kami dibuka pada jam 8.45 pagi hingga 4.15 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan Ahad hingga Khamis untuk Kota Bharu (kecuali cuti umum)
Talian Perkhidmatan
Hubungi kami di talian +603 20537188 dan kami akan:
- Berusaha untuk menjawab panggilan telefon dengan segera
- Memberikan maklum balas dalam bahasa yang mudah dan sesuai
- Mengambil tindakan susulan dengan jawapan dalam tempoh masa yang telah dipersetujui sekiranya maklumat tidak boleh didapati dengan segera
- Memastikan proses kami jelas kepada anda
Talian Khidmat Pelanggan kami beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.15 petang dari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
Surat-menyurat
Kirimkan surat anda kepada kami di:
Unit Maklum Balas Pelanggan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Prudentiat BSN Takaful Berhad
Aras 8A, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Saluran Elektronik
Hubungi kami melalui;
- E-mel: customer@prubsn.com
- Borang Maklum Balas
- SMS: Taip PruBSN <jarak> Maklum Balas <Taip maklum balas anda> dan hantar ke 33080
Kami akan mengesahkan pertanyaan anda dan menyediakan jangka waktu yang berkemungkinan untuk tidak balas kami dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel, surat, maklum balas, SMS dan/atau maklum balas online anda. Dalam tempoh tujuh (7) hari selepas berkerja selepas penerimaan pertanyaan anda, kami akan memaklumkan kepada anda tindak balas atau keputusan. Sekiranya kami tidak dapat memberikan anda maklum balas sepenuhnya dalam jangka masa ini, kami akan memberikan anda penjelasan dan memaklumkan kepada anda tempoh jangkaan yang kami perlukan untuk kembali dengan jawapan yang lengkap
PENGENDALIAN ADUAN
Kami akan mengakui penerimaan aduan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan kami akan menasihati anda berkaitan maklum balas atau keputusan kami dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. Jika kami tidak dapat memberikan anda maklum balas sepenuhnya dalam jangka masa ini, kami akan memenerikan penjelasan bertulis dan memaklumkan kepada anda tempoh yang kami perlu untuk memberikan jawapan yang penuh. Setelah kami menyiapkan siasatan, kami akan memaklumkan kepada anda mengenai keputusan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
Dalam usaha kami menyelesaikan aduan anda, penting untuk anda memberikan maklumat dengan selengkapnya. Apabila anda menghubungi kami, sila berikan maklumat berikut sebaik mungkin;
- Maklumat sijil - nama anda, nombor sijil dan nama orang yang dilindungi
- Maklumat komunikasi - nombor telefon bimbit anda atau kaedah komunikasi yang lain (nombor rumah, nombor telefon bimbit alternatif, e-mel dan lain-lain). Jika anda mahu dihubungi hanya pada waktu tertentu, sila maklumkan kepada kami.
- Maklumat aduan - Maklumat aduan anda, apa yang berlaku, bila ia berlaku dan pihak yang terlibat. Jika anda memiliki bukti untuk menyokong aduan anda, sila berikan kepada kami
MEREKOD ADUAN
Semua aduan yang diterima direkodkan dalam daftar dan nombor rujukan yang diperuntukkan kepada setiap aduan. Fail aduan dibuka untuk dokumentasi rekod dan kerja yang dilakukan pada setiap kes. Di samping itu, status dan kemaskini setiap aduan disimpan dalam sistem untuk pemantauan mudah, pengesanan, pengambilan dan analisa
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian Membuat Aduan
MAKLUM BALAS
Maklum balas anda adalah amat penting kerana kami menggunakannya sebagai petunjuk taraf perkhidmatan kami. Maklum balas anda boleh disampaikan dalam bentuk pujian, aduan, pernyataan mahupun perkataan yang menyatakan perasaan anda apabila berurusan dengan kami. Anda boleh menulis dan memaklumkan kepada kami;
- Tentang pengalaman yang positif yang anda telah alami
- Komen atau cadangan tentang bagaimana kami boleh meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda
- Aduan jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah anda terima, atau berasa anda tidak dilayan dengan adil dan munasabah oleh kami atau oleh pengantara yang mneyampaikan perkhidmatan bagi pihak kami
Anda boleh berikan kami maklum balas ini melalui;
- Pegawai Perkhidmatan di cawangan-cawangan kami
- Pusat Khidmat Pelanggan di +603 20537188 atau faks ke +603 27258585
- E-mel ke customer@prubsn.com.my
- Borang Maklumbalas
- SMS: Taip PruBSN <jarak> Maklum Balas <Taip maklum balas anda> dan hantar ke 33080
- Kirimkan surat ke:
Prudential BSN Takaful Berhad
Unit Maklum Balas Pelanggan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Aras 8A, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250
Semua komunikasi kami adalah teleus dan jelas. Kami akan memastikan bahawa kakitangan yang melayan pelanggan kami dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai perniagaan yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan kepada anda. Kami akan menggunakan bahasa yang mudah dalam menawarkan bantuan dan di mana istilah teknikal peru digunakan, ia akan dijelaskan.
MENUNAIKAN JANJI KAMI MELALUI PROSES TUNTUTAN KAMI
Adalah menjadi usaha kami untuk menyelesaikan tuntutan wajar dengan segera melalui prosedur standard dalam pengurusan tuntutan kami. Untuk memudahkan tuntutan anda, sila kemukakan dokumen dan butiran lengkap
Sebaik sahaja anda telah membuat penyerahan anda, anda boleh menjangka untuk menerima maklum balas daripada kami dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan tuntutan, sila tulis kepada kami:
Prudential BSN Takaful Berhad
Unit Maklum Balas Pelanggan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Aras 8A, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Anda juga boleh menghantar e-mel ke customer@prubsn.com.my atau hubungi kami di 603 20537188
KENYATAAN ANTI PENIPUAN
Kami mengambil berat reputasi ketelusan pengendalian kewangan dan kebolehpercayaan kami. Kami fahami bahawa selain kerugian kewangan yang dialami, penipuan juga boleh memudaratkan imej dan reputasi kami. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk mengehadkan pendedahan syarikat kepada penipuan dengan:
Maklumat Peribadi Anda
Kami mengendalikan maklumat peribadi sulit anda dengan keyakinan, budi bicara dan sensitiviti. Kami akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi dan sulit anda dengan bertanggungjawab dan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada
Maklumat Produk yang Menyeluruh dan Telus
Kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan dan produk kami memberikan layanan yang adil kepada pelanggan pada setiap masa, selaras dengan nilai-nilai dalam misi kami untuk menjadi pengendali Takaful yang tertumpu kepada pelanggan. Atas tujuan ini, kami tidak akan melibatkan diri dalam penipuan, perwakilan yang mengelirukan atau palsu berkaitan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan
Dokumentasi untuk Memudahkan Pemprosesan Melalui Borang Elektronik
Kami menyediakan borang secara online untuk kemudahan anda. Ada boleh memuat turun boarn-borang tersebut Di Sini.
KENYATAAN ANTI PENIPUAN
Kami mengambil berat reputasi ketelusan pengendalian kewangan dan kebolehpercayaan kami. Kami fahami bahawa selain kerugian kewangan yang dialami, penipuan juga boleh memudaratkan imej dan reputasi kami. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk mengehadkan pendedahan syarikat kepada penipuan dengan:
- Menggalakkan kakitangan kami supaya berwaspada dan melaporkan apa-apa syak wasangka penipuan, menyediakan mereka dengan saluran komunikasi yang bersesuaian dan memastikan maklumat sensitif akan dikendalikan sewajarnya.
- Sentiasa menyiasat kejadian pendakwaan penipuan dan mengejar pesalah laku untuk menjalani pemulihan. Langkah-langkah untuk meminimakan kerugian akan dilaksanakan
- Membantu badan kawal selia dan semua pihak berkuasa yang lain dalam penyiasatan dan pendakwaan orang-orang yang disyaki terlibat dengan penipuan
PEMATUHAN SYARIAH
Keutamaan kami dalam menyediakan penyelesaian kewangan kepada pelanggan kami adalah untuk memastikan bahawa rangkaian produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan patuh dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami telah mewujudkan struktur dan proses yang bersesuaian di mana operasi perniagaan kami dijalankan mengikut hukum yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Syariah. Selain itu, kami melantik sekumpulan pegawai Syariah untuk memastikan bahawa nasihat dan cadangan yang diberika oleh Jawatankuasa Syariah dilaksanakan dengan sewajarnya.
BUTIRAN PENTING UNTUK DIINGATI
Untuk meyekinkan anda, kami telah menyediakan beberapa butiran penting yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat berkaitan sijil anda.
Tempoh Bertenang
- Tempoh bertenang bermula dari tarikh anda mula menerima dokumen sijil baru anda
- Jika anda membuat keputusan untuk membatalkan pelan Takaful anda, anda boleh berbuat demikian dalam tempoh 15 hari dari tarikh anda mula menerima dokumen sijil. Sila kirimkan surat yag menyatakan tujuan anda kepada kami dan kami akan memeulangkan semua sumbangan yang telah dibayar selepas menola apa-apa perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebelum kami mengesahkan status permohonan pembatalan pelan anda
Menamatkan Perlindungan Takaful Anda untuk Memperoleh Pelan Takaful Baru
Tahukah anda bahawa anda akan mengalami kerugian apabila anda meluputkan atau membatalkan sijil Takaful anda untuk menggantikannya dengan sijil yang baru daripada pengendali Takaful yang sama atau berbeza?
- Sijil baru kebiasaannya mempunyai sumbangan yang lebih tinggi berdasarka umur anda yang terkini
- Anda mungkin perlu membayar sumbangan tambahan atau dinafika perlindungan Takaful sekiranya berlaku sebarang perubahan kesihatan terhadap diri anda
- Bagi kebanyakan sijil perubatan dan penyakit kritikal, tempoh menunggu apabila tuntutan belum dibayar bermula dari tarikh pengeluaran atau tarikh penguatkuasa semula sijil, yang mana terkemudian
Anda boleh memenuhi matlamat kewangan anda dengan menaik taraf perlindungan Takaful anda dan bukan dengan menggantikannya dengan yang baru. Gunakan hak anda untuk memastikan matlamat kewangan anda berada di landasan yang tepat dan berwaspadalah dengan pengaruh yang tidak wajar daripada sebarang pihka untuk membatalkan sijil sedia anda
Bayaran Sumbangan
- Untuk kemudahan anda, kami menggalakkananda untuk menggunakan kemudahan kad kredit auto-debit untuk membayar sumbangan anda
- Pembayaran juga boleh dilakukan melalui auto-debit perbankan
- Perbankan internet malalui bank-bank terpilih
- Sebagai alternatif, anda bolehmembayar secara tunai terus ke cawangan kami atau bank-bank yang ditetapkan. Jika anda membuat pembayaran sumbangan malalui cek sentiasa pastikan cek anda dibayar hanya kepada Prudential BSN Takaful Berhad
Maklumat Peribadi Anda
Kami mengendalikan maklumat peribadi sulit anda dengan keyakinan, budi bicara dan sensitiviti. Kami akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi dan sulit anda dengan bertanggungjawab dan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada
Maklumat Produk yang Menyeluruh dan Telus
Kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan dan produk kami memberikan layanan yang adil kepada pelanggan pada setiap masa, selaras dengan nilai-nilai dalam misi kami untuk menjadi pengendali Takaful yang tertumpu kepada pelanggan. Atas tujuan ini, kami tidak akan melibatkan diri dalam penipuan, perwakilan yang mengelirukan atau palsu berkaitan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan
Dokumentasi untuk Memudahkan Pemprosesan Melalui Borang Elektronik
Kami menyediakan borang secara online untuk kemudahan anda. Ada boleh memuat turun boarn-borang tersebut Di Sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)