Tuesday, 22 November 2016

Uruskan Kewangan Anda Dengan Mudah Melalui Giro Takaful Warisan

Ianya suatu kenyataan yang keperluan kita sentiasa berubah apabila meningkat dewasa. Oleh itu, perancangan kewangan kita juga perlu berubah dan diuruskan untuk disesuaikan dengan komitmen-komitmen kita yang berubah-ubah.

Dengan Giro Takaful Warisan, anda akan mempunyai kebebasan untuk mengubah pelan perlindungan anda pada setiap peringkat kehidupan. Pelan ini memberi perlindungan yang paling komprehensif dan juga membantu anda meningkatkan simpanan anda untuk persaraan dan lain-lain keperluan simpanan. Di samping itu, Giro Takaful Warisan meraikan pencapaian-pencapaian dalam kehidupan anda dengan ganjaran tunai melalui Bonus AchieveFirst serta bonus loyalti apabila anda membayar sumbangan-sumbangan secara konsisten. 

Berikut adalah beberapa persoalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik. 

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh Giro Takaful Warisan?

Bagaimana anda boleh tingkatkan perlindungan Giro Takaful Warisan anda?

Tingkatkan lagi pelan perlindungan anak anda dengan menyertakan manfat-manfaat tambahan berikut.

Apakah Giro Takaful Warisan?

  • Giro Takaful Warisan ialah satu pelan berkaitan pelaburan sumbangan berhala yang matang sama ada pada umur 80 atau 100 tahun. Pelan ini memberikan anda kombinasi perlindungan dan simpanan sekali gus. Ciri-ciri pelan ini yang fleksibel membolehkan anda mengubah pelan kewangan anda untuk disesuaikan dengan keperluan yang berubah-ubah serta merancang persaraan
Pilih pakej Giro Takaful Warisan yang sesuai untuk anak anda dengan mudah
Anda boleh memilih pakej yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda.




Bagaimana saya boleh membuat tuntutan untuk Bonus AchieveFirst?

Anda boleh membuat tuntutan Bonus AchieveFirst dengan langkah-langkah berikut:

  • Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini
  • Buat satu salinan yang disahkan benar bagi dokumen-dokumen berikut:
  • Serahkan salinan di mana-mana cawangan PruBSN di seluruh negara
  • Selepas ia disahkan, kami akan memebrikan anda cek untuk pencapaian anda

Bagaimanakah dana-dana saya diurus?
  • Giro Takaful Warisan akan membantu anda membina simpanan dengan melabur dalam dana Takafulink Dana Urus PruBSN. Takafulink Dana Urus ialah sebuah dana terurus yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana ke panjang. Ini dicapai dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti yang diluluskan Syariah melalui dana Takafulink Dana Ekuiti dan dana Takafulink Dana Bon PruBSN dan dalam mana-mana dana Takafulink lain yang mungkin disediakan pada masa hadapan. Dana ini sesuai jika anda ertujuan untuk melabur dalam dana berisiko sederhana ke tinggi untuk lingkungan pelaburan jangka masa sederhana ke panjang.
Siapakah boleh menyertai Giro Takaful Warisan?
  • Anda boleh menyertai pelan ini seawal umur 19 tahun hingga 70 tahun

Apakah caj-caj yang terlibat dalam Giro Takaful Warisan?
  • Giro Takaful Warisan adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah 

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada pelan ini?
  • Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan diletakkan semula ke dalam PUA anda.

No comments:

Post a Comment